Yayasan Ibu Mengaji Indonesia

Pengenalan Ilmu Tajwid

www.ibumengaji.com Pengertian Tajwid menurut bahasa : Memperbaiki  sesuatu. Menurut istilah Ilmu Tajwid : Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf. 
Allah Ta’ala berfirman : “Maka bacalah Al-Qur’an dengan tartil (yang sebaik-baiknya).” (QS. Al-Muzammil : 4). Rasulullah bersabda :
“Bacalah olehmu Al-Qur’an, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat/pertolongan ahli-ahli Al-Qur’an (yang membaca dan mengamalkannya).” (HR. Muslim). Rasulullah juga bersabda : “Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya kepada orang lain.” (HR. Bukhori)
Hukum mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah dan mengamalkannya yakni membaca Al-Quran dengan bertajwid adalah Fardhu ‘Ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf.

Diantara manfaat belajar ilmu tajwid  adalah memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat-ayat suci Al-Quran pada saat membacanya. Membaca seperti saat  Al-Quran diturunkan.

Tingkatan Bacaan Al Quran

Terdapat 4 tingkatan atau mertabat bacaan Al-Quran iaitu bacaan dari segi cepat atau perlahan.

a. At-Tartil : Bacaannya yang perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan Tajwid dengan sempurna, merenungkan maknanya, hukum dan pengajaran daripada ayat. Tingkatan bacaan Tartil ini biasanya bagi mereka yang sudah mengenal makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan hukum-hukum Tajwid. Tingkatan bacaan ini
adalah lebih baik dan lebih diutamakan.

b. At-Tahqiq Bacaannya seperti Tartil cuma lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf dari makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung. Biasanya bagi mereka yang baru belajar membaca Al-Quran supaya dapat melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dengan tepat dan betul.

c. Al-Hadar: Bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid. Biasanya bagi mereka yang telah menghafal Al-Quran, supaya mereka dapat mengulang bacaannya dalam masa yang singkat.

d. At-Tadwir: Bacaan yang pertengahan antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar, serta memelihara hukum-hukum Tajwid. Pertengahan
antara Tartil dan Hadar

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments